PROGRAM ZIARAH KASIH RAMADAN (ZiKR)
Program ini dilaksanakan sebagai satu usaha murni untuk menghulurkan bantuan kepada pelajar serta kakitangan MRSM Kuantan yang memerlukan, khususnya dalam membantu meringankan beban dan persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Sehubungan itu, kami dengan rendah hati mempelawa para Dato’/Datin serta Tuan/Puan untuk turut menyumbang dan menyokong inisiatif ini bagi menjayakan Ziarah Kasih Ramadhan. Sokongan yang diberikan amat bermakna dalam memperkukuh kelangsungan program serta manfaat yang disampaikan kepada penerima. Semoga setiap sumbangan diberkati dan dibalas dengan sebaik-baik ganjaran.
Akhir kata, semoga kehadiran Ramadan yang bakal menjelma membawa keberkatan, ketenangan, dan rahmat kepada kita semua.
“Giving, Brotherhood, Nurturing”